"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday 8 July 2015

berbuka puasa Quality Hotel

Ni cerita dah lapuk.bukak puasa masa minggu first aritu..nampak tak betapa poyonya department ni..hahaha..

By the way, quality hotel ada buat promotion buffet berbuka. Kalau idak regenye RM80++ so sempena promosi minggu pertama dan minggu terakhir Ramadhan, regenyer RM44 nett..murah gittew..

kalau nak diikutkan harga rm44 dan menu dia tu kira mahal jugak..sebab tak banyak pilihan pon..majoriti menu masakan kampung..tapi at least dia ada variety siap ada rojak buah, pecal dan bbq mongolia..ada cekodok, cucur udang, cucur sukun, char koay teow,roti john, nasi arab berlaukkan kambing dan ayam masak merah dan cold shrimp..cuma yang terbest dim sum dia memang sedap..air pulak teh tarik,ABC, air tembikai laici, asam boi dan teh bunga..

Overall okay je la menu dia.. meh belanja gambaq satu..hehehe

Sunday 21 June 2015

Ikea Malaysia

Malas nak cakap apa..kami pi ikea untuk salmon dia ja..hahaha..cik choman pulak dah pandai makan shashimi..makanya next outing tak payahla nak order pasta untuk maryam..

Ni menunya nama Gravad Lax..tapi tak tau yang mana satu..hahaha..yang bestnya sebab rege murah sangat tu yang dok kemaruk nak pi IKEA..

Oleh sebab ramainya manusia maka kami memang pi pagi sapei nak makan punya pasal..dicadangkan pegi masa awal cuti sekolah dan akhir cuti sekolah..sebab tak ramai orang.parents sibuk balik kampung hantaq and amik anak dari kampung...

Monday 11 May 2015

Hingus keluar dari telinga bayi?

Ha..tengok tajuk pon dah ngeri kan..Tapi itu yang jadik kat abam eden_yusuf baru-baru ni.Mulanya dengan jangkit demam dari kaklong #cikchoman. Then dia pulak selsema meleleh hingus.sampai ummi pon kene amik cuti even baru keje 2 minggu 😂..

Dipendekkan cerita, lepas dia demam the whole weekend tu, Isnin p keje macam biasa. Tibe2 incik suami msg kata ada cecair keluar dari telinga yusuf. Dah tak senang nak buat keje. Abi and maktok bawak pi paed kat Pusrawi. Check rupanya hingus. Bukan nanah..Alhamdulillah lega sangat..yang buat cuak sebab sepanjang weekend tu takde pon keluar ape2 dari telinga dia.. So dokte bagi antibiotik la sebab dia demam and selsema.takot jadi infection pulak..

So parents out there kalau anak2 demam sekali dengan selsema tolong ambil perhatian. Sebab kanak2 saluran ear nose throat dia sempit lagi. Tu yang jadi kes hingus keluar ikut telinga and taik mata bselepat sampai tak boleh bukak mata..saluran dalam kids and babies ni tersumbat sebab kecik sangat..Lebih baik kalau anak2 selsema bawak terus jumpa paed..

Jadi itulah kisah hingus keluar dari telinga abam eden_yusuf..

#promo shaklee bulan ni meletops..
Register member dapat free Vitalea yang best tu..
Jom order (0122663953 - ciklehh  )

Monday 4 May 2015

Amusing Maryam 2

Alkisah kami telah migrate ke bilik maktok and paktok..maka cuti Labour Day dan Wesak day kami pon hanya mengemas bilik sebab barang banyak.hahahaha..
Yang kelakor cik choman ni ada sejarah takot nak berak.trauma agaknya dulu sembelit.so memang hustling dengan ummi la masa dia nak berak tu.maktok pon siap buat air gulsan kot-kot boleh trigger rasa memerut.dan hasilnya memangla tahi besar tapi idakle keras pon..soft stool je..so buangla dalam tandas and flushed bagai..
Malamnya abi pulak memerut.skali abi cakap toilet sumbat.dah sume ingat maryam buang something ke dalam toilet bowl..so ex-engineer incik abi pon godek2la toilet tu guna pelocok bagai.last2 boleh jugak..rupanya tahi maryam yang besaq tu wat jadi sumbat..hahahah..lawak sungguh memang epic..
So sebab tu la entry ni di dedikasikan khas untuk kaklong cik choman..dengan ucapan berak ajer la sayang..hehehehe

Owh..shaklee buat promo best bulan May ni..
Roger okay ciklehh :  0122663953  ♡♡

Thursday 23 April 2015

Amusing Maryam 1

Tengah bergolek-golek atas kstil tunggu masa nak tidoq. Ketiak kiri ada Maryam. Ketiak kanan ada Yusuf..Tibe-tibe terdengar bunyi...pret..pret..pret..macam orang kentut dalam air tu..

Maryam :  Did you hear that sound?-tanya kat ummi..
Ummi :  Yes.what sound is that?-saje tanye balik.nak tengok apa jawapan dia..
Maryam  :  Maryam booid..sambil tersenyum cheecky..haha

Adoila sayang..comei sungguh tau..
*Booid-terms yang kami guna untuk kentut..

Jom rebut promosi kurus sihat jelita Shaklee April ini..
Hubungi saya  untuk  maklumat  lanjut.
Ciklehh  :  0122663953 

Monday 16 March 2015

Travel with ESP

Ni namanya menggunakan apa yang ada..milk dispenser bubuh ESP sebab nak balik kampung.nak angkut bekas ESP besor sangat.nak balik pon tak lama..jom belanja gambaq ESP campur susu kambing irfan campur oat..rasanya lemak berkrim tau..

Wednesday 11 March 2015

Cendawan goreng

Resepi mudah tahap pejam mata pon boleh masak ni..sesuai sangat untuk mereka yang nak cepat.
Bahan-bahan  :
Cendawan shitake dicuci dan dihiris - nak guna cendawan apa pon boleh.
Garlic - dicincang.
Cili -optional.kalau suka pedas boleh tambah cili padi dipotong.

Cara-cara:
♢   Panaskan minyak. Tumis bawang putih ( + cili ) sampai naik bau.
♢ Masukkan cendawan yang dihiris.sautee sampai cendawan bertukar warna.nampak macam translucent. Tambah sedikit air.
♢ Perasakan dengan garam dan lada sulah.
P/s: oleh sebab leceh nak buat telur dadar makanya sebab itu le ada telur dalam cendawan ni. Ala ala one pot wonder jugak..heheh

Ok.selamat mencuba.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang promosi Shaklee March 2015.
Ciklehh  :  0122663953